Program Kaunter Kwsp Bersama Kwsp Cawangan Pasir Gudang

24 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2025 (Sabtu), telah berlangsung Program Pembukaan Kaunter KWSP di NADI Semanggar Dalam. Program ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang dan telah dihadiri seramai 1 orang staf dari Pejabat KWSP Cawangan Pasir Gudang. Program ini menyaksikan seramai 26 orang komuniti sekitar NADI Semanggar Dalam telah mengambil peluang untuk melakukan pelbagai urusan bersama agensi terlibat. Program ini diadakan bertujuan memudahkan komuniti sekitar untuk berurusan memandangkan Kg.Semangar Dalam terletak agak jauh dari pusat bandar.

Turut diadakan juga Program Perkhidmatan Pintar NADI seperti pendaftaran keahlian NADI percuma, saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI dan semakan status SARA dan STR.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali